Friday, November 2, 2012

Mesyuarat JK bil 4 2012

Jumaat, 2.11.12 - Mesyuarat JK kali terakhir untuk tahun ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Asrama untuk memutuskan beberapa perkara penting sebagai persediaan tahun 2013. Telah dipersetujui :
1. Takwim Asrama 2013 perlu disediakan oleh warden-warden.
2.  Daftar pelajar asrama pada 31.12.12 (Isnin) dikendalikan oleh guru JK Asrama bertempat di Dewan Gemilang Asrama.
3. Daftar pelajar Ting 1 pada 1.1.13 (Selasa) bertempat di Dewan Bestari.
4. Untuk membantu pengurusan asrama - dicadangkan perlantikan JK dibuat dengan lebih tersusun dan pengkhususan tugas.
5. Tarikh mesyuarat penentuan permohonan masuk asrama untuk 2013 akan ditentukan kemudian oleh Pengetua.
Semoga perjalanan pengurusan asrama berjalan lancar dan bertambah baik untuk tahun 2013.

No comments: