Friday, August 26, 2011

KHATAM QURAN 1432H

Khamis,25.8.11- Majlis Khatam Quran telah disempurnakan di Dewan Gemilang Asrama Sm3KB di bawah pimpinan Ustaz Mohd Afiff bin Nasaruddin, juga merupakan tenaga pengajar sepanjang bulan Ramdhan membantu serta membimbing putera putri asrama. Dalam majlis yang sama semua penghuni asrama telah mendapat sumbangan duit raya seblum sama-sama berbuka puasa dan seterusnya solat maghrib-isyak dan mendirikan solat tarawih. Syabas kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menghabiskan bacaan tadarus sehingga khatam untuk tahun 1432H.

Wednesday, August 17, 2011

IFTOR bersama ALUMNI

Selasa,16.8.11 - Malam Nuzul Quran menjadi ingatan dlm kenangan kepada penghuni asrama kerana mendapat kunjungan daripada ahli ALUMNI SM3KB. Majlis berbuka, solat maghrib dan makan malam diselitkan pula dengan penyampaian sumbangan kepada beberapa orang putera & puteri asrama yang memerlukan untuk belanja menyambut kedatangan Syawal. Turut disumbangkan majalah/buku untuk PSS Asrama. Terima kasih daun keladi, sudi2 lah kunjungi lagi.