Friday, July 15, 2011

Majlis Solat hajat & Bacaan Yaasin

Khamis, 14 Julai 2011- Majlis telah diadakan di Dewan Gemilang Asrama bermula solat berjemaah Maghrib selepas makan malam bersama semua yang hadir. Turt hadir ibubapa putera puteri asrama khususnya yang akan menduduki PMR,SPM & STPM. Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dipimpin oleh Ustan Wan Mohd Nor dari Darul Quran. Sebelum solat Isyak, tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz menyentuh langkah-langkah mencapai kejayaan dunia & akhirat dari sudut amalan Islam. Majlis diakhir dengan sesi beramah mesra sambil menikmati jaudah minum malam.

Friday, July 8, 2011

Mesyurat ke 5

Jumaat, 8.7.11- Sementara putera puteri asrama teruja untuk balik bermalam dirumah petang Jumaat ini, JK Pengurusan Asrama telah mengadakan mesyuarat kali ke 5 bertempat di bilik mesyuarat baru yang lebih selesa dan luas. Dalam tempoh 3 jam itu pelbagai resolusi melibatkan isu penghuni, keputusan akademik, laporan disiplin dan cadangan2 baru untuk penambahbaikan mengurus asrama dan para penghuni. Perkara-perkara melibatkan pengurusan yang miscommunication antara tertenu telah juga dibangkitkan untuk kesekian kalinya. Diharapkan perubahan dapat dibuat dan akan berlaku demi kecemerlangan dan keunggulan asrama sm3kb 2014.

Wednesday, July 6, 2011

Majlis pertemuan Mentor Mentee









Rabu, 6.7.11 - Majlis telah diadakan awal petang tadi bertempat di Dewan Seri Murni Asrama SM3KB. Sebelum daripada itu, beberapa siri penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn Maniza bt Yusof. Antaranya adalah pertandingan dorm ceria (semunay dibolot aspuri), karnival sukan yang telah diadakan lebih awal daripada ini (tetapi tidak dimaklumkan untuk hebahan) dan hari cenderahati kepada mantan warden dan warden pengganti. Majlis penyerahan mentor mentee mengakhiri acara selepas makan tengah bersama mentor-mentee (walaupun waktunya makan pukul 3 petang).